Belajar Biasa2, Tapi Result Gempak?

hey there. i got to share something about my studies in secondary school. sbg seorang student, aku berada di tahap where aku kne struggle and focus just for my studies. before that, meh aku kongsi sikitlah pasal asal usul aku..aku duk zaman apa, duduk gua mana..cehh

dari form 1, aku sekolah kat SMA Kerajaan Johor, Kluang. sek tu kat depan hidung je dr rumah huhu.. ade laa area 5 minit nak sampai sana. Smakj ni sekolah asrama penuh, BUT..but dia adalah sekolah under kerajaan negeri johor. it means kami bkn budak sekolah kementerian, swasta mahupun MRSM.
since 2015, program tahfiz keseluruhan (muslimin&muslimat) baru launch..so since tahun tu ada interview utk msuk (uishh selamat batch aku..dahlah aku pkai cable lol haha)

sejak dulu..sekolah bawah kerajaan johor ni setiap tahun ada exam besar.. (now dah ubah sikit , psstt katanya sbb campur tgn pihak kementerian)

FORM 1 : Sijil Intensif Bahasa (one english sub and one arabic sub..seems simple but its tough tho) & Sijil Darjah Khas Agama

FORM 2 : Sijil Menengah Rendah Agama (9 sub arab)

FORM 3 : PMR (9 sub..aku brbangga jd batch last amik pmr teehee)

FORM 4 : Sijil Menengah Agama

FORM 5 : SPM (11 sub for aliran sains tulen agama and basically 9/10 for others)

Nak dijadikan cerita, kitorg bkn setakat kne maintain subjek akademik, malah subjek2 arab sekali. bkn apa, sbb takut2 nnt kelam kabut utk next years n akhir tahun.. nampak mcm senang kan, tp cer bayangkan, utk subjek PMR laa for instance, ada 9 sub kan?

BM,
BI,
BA,
MT,
SC,
Sejarah,
Geografi,
KH,
PAI

nahh..kitorg ada tambahan, setiap tahun juga kne belajar 9-10 subjek arab, for instance dr form 1 smpai form 3,

Nahu
Sorof
Tafsir
Hadith
Balaghah
Tauhid
Feqh
Insyak & Mutalaah
Quran (hafazan 2 surah)

cuba total up semua, so kiranya dlm setahun kne study smpai 20+ subjek?? wowzz poning jugak memula tgk jadual yg pack mcm tin sardin nak meletop tu

subjek arab di sini brmaksud, kami akan diberi kitab utk setiap subjek, kitab tersebut adalah dr Mesir/Arab.. tulisan kecik2, fully dr front page smpai backpage adalah bahasa Arab. mostly no baris, and...no Bahasa Melayu at all !! (ok lg tu una drpd xde titik kan,,kuikui)

ingat lg, terkejut juga awal2 form 1 tu..yela kann..kita ni basic arab dr sekolah rendah ape jekk..mau x semua perkataan kitorg x reti baca sebab xde baris. tak tahu makna pulak tu ! jenuh salin makna words by words dr ustazah or ustaz.. tp ust ustzh sini bebaik..diorg faham dah kitorg.. nak skor MUMTAZ (A dalam Arab) markah kena 86 above tau..haa bukan sebarang..exam SIB pulak area bulan 5.. Allahuakbar..

dan yg paling bestnya, as student of johor, kan ada pergi sekolah agama an time sekolah rendah.. nahh we got to proceed to Darjah Khas when form 1 setiap weekend. sub drjah khas (SDKA) ni area 10 ke 11 gitu..so total up, 20 + 10 = ???? haa berapa? berapa? masya-Allah..ingatkan form 1 tahun boleh goyang kaki tgk hindustan kat bilik tv sambil mkn kacang, basuh baju 2-3 jam, mandi spa kat tangki..tp hakikat kami di sini...

as my goal is always heading to perfection, aku of course nak skor dua2, akademik, arab, n kalau Form1 plus SDKA, dlm hidup ni kita kene seimbang, x bolehlah nak dunia aja, n x bolehlah nak akhirat aje, kann?? and alhamdulillah, bila niat tu dah elok, byk bersabar, Allah bantu permudahkan segalanya.. actually, time form 1 aku x pernah pun study gila2 huahuahua..kalau kat dorm tu, duk atas katil pndg siling, makan, x tahu nak buat apa ! seriously x pernah dlm beg bawak buku dr kelas ! tp aku nasihat la sesiapa yg kenal aku, jgn tgk luaran aku yg mcm x semangat ni.. dlm hati aku sentiasa ada mission taw..fuhh fuhh *tgn ke bahu mata keatas*

form 2, bg aku tahun paling aku penat during my secondary school lifetime (kott).. mm maybe.. sbb aku nak sgt MUMTAZ SOFI (straight As) dlm SMRA, and in the same time aku nak maintain sub akademik sbb aku tanak time form3 blurr (even sub pmr senanya belajar sebulan or seminggu pun boleh skor..siyes x tipu)

haaaaaaaaaa... ni baru nak masuk the topic.. (waduhh una kau kalau bab cerita....kalah mak jemah era.fm)

MACAM MANA NAK BELAJAR LEPAK TAPI RESULT GEMPAK ??

as a muslim student, aku mmg percaya dan yakin konsep D.U.I.T. cliche right? but act, kalau kita faham and apply bnda ni betul2, baru kita nampak miracle nya

ni U.D.T.I tau..hehe x sedap sikit la bunyik dia

D for Doa          = 30%
U for Usaha       = 60%
I for Ikhtiar        = 5% (some say that it's kind of usaha)
T for Tawakkal  = 5%

see the percentage? ok tu senanya aku assume je..assume je tau. bukan dalil rekaan or what ea..

INGAT !!! TARGET KITA ADALAH 100% KALAU KITA NAK TAHAP PALING EXCELLENT

ok now. tarik nafas dalam2...tahan 3 saat, now exhale out sambil sebut Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah

okay dah?

now tgk, kita perlu spend time 30% utk doa. 60% utk usaha? wow banyaknyaa..kata belajar lepakkk,, ni mcm nak kne sepakkk je una ni..

doa, doa and terus berdoa..ok ingat x td target kita apa? cer baca balik ayat bold biru ni

TARGET KITA ADALAH 100% KALAU KITA NAK TAHAP PALING EXCELLENT

n lg satu mission kita ialah BELAJAR LEPAK . so agak2 nya salah tak kalau kita kurangkan % pd usaha, kita tambah pd doa? coz td kan i just ckp 'aku assume je',, tp jgnlah tamah ph ikhtiar n tawakkal ea..huhu

jawapannya boleh. siapa kata x boleh. oklah..andai kata, aku ni pemalas tahap badak busuk gemok tanak mandi setahun. aku nak usaha 20% je. aku nak belajar ikut mood. tak hingin aku nak stay up memalam, makan nasi buku, mandi bersabunkan buku, minum air rebusan buku n semua pasal buku buku lahh

so aku perlu 70% utk doa? uishh aku x biasa beb solat hajat 40 rakaat..doa lps solat smpai masuk waktu solat baru. tak biasa beb.

actually, kita mmg sgt2 perlu doa dan yakin pd Allah..tp kalau kita ni byk dosa, agak2 Alla terima tak? susah kan..so, why don't us minta tlg family, kawan2, cikgu2, tlg doakan sekali? bkn kita sorg je sebenarnya yg kne solat hajat baca yassin setiap hari senanya. KEBERKATAN dr org sekeliling tu penting jugak. selalu selalu lah jumpa org dan minta dia doakan kita. lg2 org yg x byk dosa, tinggi ilmu agama and penghafaz Quran ni. kalau aku, aku tahu yg doa sebelum buka puasa ni mudah makbul. aku takkan lupa cekup mana2 bdk puasa dan ingatkan dia before buka "doakan aku tau, aku nak bla3..pastikan mention nama aku tau, kalau tak, kau jgn buka!!" perghh ayat dia mcm taleh nak gangster lg..

and you know, doa seseorg utk kita tanpa pgtahuan kita ni lbih sng makbul tau, insya-Allah..

"so una, mcm mana kita nak kawan2 doakan kita secara rahsia? means, kita kne bgtau apa yg kita nak kat dia kan?"

mudah je. buat baik dgn org. buat org suka kita. so, mgkin terselit nama kita dlm doa dia. who knows? itu aje key utama dia sebenarnya..kalau nak cerita pasal buat baik ni..mmg lama lah..n aku pun x berapa layak nk cerita

nahh..aku rasa these are very very splendid tips..thanks so much dr tengku !
rasa x percaya bnda ni? nak satu bukti? haa cer kita tgk satu example..

sama ada sekolah korg ada non muslim atau x, cuba jawab soalan ni. siapa non-muslim yg pandai kat sekolah korg, yg belajar gila2 mcm nak pecah kepala?
dia pandai kan? haa macam mana non-muslim boleh pandai jugak. sedangkan dia tak doa pd Allah pun? actually sebenanya doa pd Allah ni penting ke tidak?

kalau korg faham nak apply konsep D.U.I.T yg aku ajar td, mesti korg dapat jawab soalan ni.

boleh dapat tak? jawapan dia, mereka x berdoa..so mereka kne fill up percentage bg usaha sebanyak 90% !!! wow banyak kannn?? kalau kita, belum tentu boleh study mcm ni.

yes, indeed Allah is number one. dia yg tentukan takdir kita. tapi, bukankah Allah mengubah nasib seseorang ikut usaha kita? Allah ni Maha Pemurah pd semua makhluk..means semua nikat dia bagi kat semua org x kisahlah non muslim or tak.. Allah juga Maha penyayang pd org yg taat pada dia..rahmat tu hanya muslim yg dpt..so, why not we grab the both chance? ;)

Rabbi Yassir Walaa Tu'assir

thanks for reading this entry ! =)


0 comments:

Post a Comment

Feel free to give some feedback or questions! 😊🧚🏻

Ana Husna. Powered by Blogger.

Search This Blog